Saturday, January 2, 2010

Selangkah Ke Alam Jurutera Awam


Aku saja je letak tajuk kat atas tu...tajuk tu membawa maksud yang agak mendalam sebenarnya kerana apabila korang terutamanya pelajar-pelajar lepasan sekolah atau yang sudah bekerja sudah mula memutuskan untuk menceburi bidang ini, bermakna korang bakal memikul satu tanggungjawab yang besar dan berat pada masa hadapan yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal kerana ia melibatkan pembangunan negara yang melibatkan masa dan kos yang berjuta-juta ringgit. Walaubagaimanapun bidang ini menyeronokkan bagi mereka yang benar-benar berminat walau adakalanya memeritkan.....Korang ikutilah catatan aku seterusnya nanti yang bakal aku corat-coretkan dalam cabin engineer(CE) ini.

Sebelum itu.....

Kalau korang bercita-cita nak jadi Jurutera Awam kenalah melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan Awam dulu yang banyak ditawarkan di IPTA dan IPTS dalam atau luar negara. Universiti tempatan yang menawarkan kursus ini ialah UM, UKM, USM, UPM, UTM, UNIMAS, UMS, UiTM, UTHO, UTeM, Universiti Malaysia Perlis danUniversiti Malaysia Pahang. Universiti swasta pula ialah Uniten, UTP dan Unisel. Bagi pengajian luar negara pula nagara yang terpilih antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Jerman, Perancis dan Korea iaitu melalui program-program tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Ada syarat yang korang perlu penuhi antaranya ialah:-

1) Melalui STPM-Boleh melanjutkan pengajian dimana-mana IPTA. Perlu lulus peringkat prinsipal dalam pengajian Am, Matematik dan Fizik. Kelayakan seperti ini juga diterima oleh universiti-universiti luar negara.

2) UTM dan UTHO mengambil calon lepasan SPM/SPMV untuk ikuti peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. Syaratnya ialah calon perlu lulus SPM/SPMV serta mandapat sekurang-kurangnya lima kepujian terutama dalam mata pelajaran sains termasuk bahasa Melayu dan Matematik.

3) Program matrikulasi/asasi sains anjuran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV sebelum ditempatkan di IPTA. Calon perlu lulus kepujian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia serta beberapa matapelajaran sains atau teknikal yang berkaitan.

4) Program anjuran JPA dan MARA untuk lepasan SPM/SPMV memrlukan clon yang lulus peperiksaan tersebut dengan mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

5) Dibawah skim pelajar cemerlang MARA ia mengambil calon yang lulus diploma dengan Pencapaian Purata Gred Kumulatif (CGPA) 3.5 ke atas atau setaraf. Calon yang berjaya akan dihantar ke institusi pengajian tinggi terkemuka di luar negara di peringkat sarjana muda.

6) Calon yang mempunyai diploma kejuruteraan dan sains dari universiti/UiTM dan Politeknik boleh memohon melanjutkan pengajian di IPTA diperingkat sarjana muda.

7) Uniten, UTP, Unisel dan UniKL mengambil calon-calon lepasan SPM/SPMV dan STPM. Bagi calon-calon lepasan SPM/SPMV, mereka perlu lulus peperiksaan tersebut dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Tambahan. Mereka akan ditawarkan untuk mengikuti kursus prauniversiti. Bagi calon-calon lepasan STPM, mereka perlu mendapat prinsipal dalam mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik dan Pengajian Am. Kelulusan ini membolehkan calon ditawarkan ke peringkat sarjana muda.

Setelah korang berjaya ke IPTA dalam bidang ini.....

Tahniah aku ucapkan....kerana korang akan dididik dengan kefahaman, kemahiran dan segala pengetahuan teknikal ilmu kejuruteraan awam. Selain daripada itu juga korang akan didik dengan kemahiran Insaniah iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika dan moral profesional dan kepimpinan.

Korang juga perlu mempunyai ciri-ciri peribadi apabila ingin menjadikan profesion ini sebagai kerja korang...

Apa ciri-ciri peribadi itu?

1. Minat dengan profesion ini.
2. Berpengetahuan dalam bidang fizik dan metamatik.
3. Mempunyai idea dan kreatif.
4. Boleh bekerjasama secara berkumpulan
5. Tekun dan sanggup bekerja keras.
6. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan komputer.
7. Berkemampuan dalam menyelesaikan masalah.
8. Semangat kerja berpasukan.

Apakah syarat untuk menceburi bidang ini?.

Untuk menjadi seorang Jurutera Awam, korang perlu lulus peringkat ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dari universiti didalam atau luar negara dan diiktiraf oleh JPA. Sebagai jurutera dalam bidang ini korang perlu menjadi ahli Board of Engineers Malaysia (BEM) sebagai jurutera graduan sebaik sahaja graduate sebelum boleh mendaftar dengan Institute of Engineer Malaysia (IEM). Anda perlu mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan awam sebelum layak menduduki perperiksaan dan temuduga oleh IEM bagi mendapat tauliah sebagai jurutera profesional (Profesional Engineer).

Peluang Kerjaya?

Tahniah....sekiranya korang berjaya melepasi segala halangan semasa dikampus dan lulus dengan jayanya, peluang kerjaya korang amat cerah. Kenapa aku katakan cerah sebab permintaan untuk jawatan jurutera awam adalah tinggi. Kebarangkalian anda untuk menganggur selepas tamat universiti adalah amat rendah. Kecualilah kalau korang nak pilih menganggur itu sebagai satu kerjaya. Tak dapek nak tolong....hehe.... Keperluan ini semakin bertambah dengan meningkatnya pembangunan negara. Oleh itu korang bolehlah memilih samaada untuk berkhidmat di sektor awam atau pun swasta. Peningkatan Permintaan Jurutera Awam = Peningkatan Pembangunan.





43 comments:

  1. camne kalo result spm teruk??fizik n kimia=d dam add math=g..tapi saya diterima di unikl dlam kos medical electronic..bolehkah saya menjadi seorang jurutera yg bertauliah suatu hri nnti walaupun result spm saya teruk???lagi satu,adakah unikl diiktiraf oleh mqa dan bem??

    ReplyDelete
  2. nice entry utk peminat kjtraan awm. hee.
    btw, peluang krjye utk girl dlm bidng ni cmne erk? selalu nye bidng ni kan ramai lelaki.

    ReplyDelete
  3. saye keliru samade nak ambil kos kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan awam.addmath sye sangat lemah.boleh beri pandangan?

    ReplyDelete
  4. xkisah laki ke wanita, yg penting minat..banyak hala tuju dlm bidang ni cnthnya trafik, jalanraya, geoteknik/tanah, environment/air, bangunan, geometik/ukur, bahan..buatlah pilihan arah tuju masing2..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. banyak saingan x dengan lelaki?
    sbb ada org cakap syarikat2 lebih utamakn lelaki..

    ReplyDelete
  7. klu x ambik aliran sains bleh msok dak bidang kejuruteraan...

    ReplyDelete
  8. kalau tak amik aliran fizik boleh ke amik kejuruteraan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf admin.. Saya tolong jawabkan... Ye boleh Aisyah... Saya dulu ambil aliran akaun dan sekarang insha allah akan memiliki ijazah sarjana muda kej.awam UTHM. :-)

      Delete
    2. Maaf admin.. Saya tolong jawabkan... Ye boleh Aisyah... Saya dulu ambil aliran akaun dan sekarang insha allah akan memiliki ijazah sarjana muda kej.awam UTHM. :-)

      Delete
    3. Kalau fizik saya d. Boleh ke?

      Delete
    4. Kalau fizik saya d. Boleh ke?

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. kalau x amek addmath n sains tulen bole ke amek kejuruteraan awam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke boleh firdaus ? kalau boleh dekat mana boleh masuk ?

      Delete
  11. salam alaik.
    kalau nk ambik engineering dgn kelulusan addmath(matapelajaran sains) je agak2 boleh dpt tak?
    tq.

    ReplyDelete
  12. salam alaik.
    kalau nk ambik engineering dgn kelulusan addmath(matapelajaran sains) je agak2 boleh dpt tak?
    tq.

    ReplyDelete
  13. Kalau Fizik and Kimia saya D tapi Add Math saya dapat C , masih boleh kah saya ambil jurusan ini ?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam..sya dari skolah teknik n amek elektrik..mntak poli pon dpt elktrik..tp sya nk tukar amek awam..bole ka tukar amek awam msa d U nnti?

    ReplyDelete
  16. Salam..sya dari skolah teknik n amek elektrik..mntak poli pon dpt elktrik..tp sya nk tukar amek awam..bole ka tukar amek awam msa d U nnti?

    ReplyDelete
  17. selain autocad..ade ke lagi skills yg perlu ade sblm grad as civil engineer? sy tgh ambil ijazah k.awam.

    ReplyDelete
  18. selain autocad..ade ke lagi skills yg perlu ade sblm grad as civil engineer? sy tgh ambil ijazah k.awam.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum..sya ingin bertanya,blh ke sya ambil course kejuruteraan awam di politeknik?dan saya tidak mengambil fizik,addmath dan juga kimia kerana sya aliran perdagangan?pliss need an answer

    ReplyDelete
  20. maaf admin, nk tnya je yuran kos engeneer ni berape ehh??

    ReplyDelete
  21. maaf admin, nk tnya je yuran kos engeneer ni berape ehh??

    ReplyDelete
  22. kalau time spm tak ambik fizik macam mana eh ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf admin, tlg jwb. Blh jee, tp kne ambik dip Kat poli laa

      Delete
    2. Kalau addmath pun tak ambik juga, still boleh apply ke dip kat poli for this course?

      Delete
    3. Kalau addmath pun tak ambik juga, still boleh apply ke dip kat poli for this course?

      Delete
  23. Salam admin...
    kalau msa spm x ambil fzik&kmia&addmath...
    masih ada x jalan lain utk smbung bljr dlm kjuruteraan awm ni??

    ReplyDelete
  24. Salam admin...
    kalau msa spm x ambil fzik&kmia&addmath...
    masih ada x jalan lain utk smbung bljr dlm kjuruteraan awm ni??

    ReplyDelete
  25. Salam admin...
    kalau msa spm x ambil fzik&kmia&addmath...
    masih ada x jalan lain utk smbung bljr dlm kjuruteraan awm ni??

    ReplyDelete
  26. kalau x amek addmath n sains tulen bole ke amek kejuruteraan awam ?

    ReplyDelete
  27. kalau x amek addmath n sains tulen bole ke amek kejuruteraan awam ?

    ReplyDelete
  28. kalau x amek addmath n sains tulen bole ke amek kejuruteraan awam ?

    ReplyDelete
  29. kalau budak lepasan stpm aliran sastera still dapt apply bidang civil engineering tak.mohon penjelasan

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum.. contoh sy baru tamat pengajian diploma dalam bidang kejuruteraan awam selama 3 tahun di politeknik. jd soalan sy , kalau sy sambung ijazah , berapa tahun sy kena belajar ? Sbb ad dengar blh transfer kredit.. hrap tuan blh bantu

    ReplyDelete